Assalamu'alaikum anak-anak Abah yang disayangi,
... begitu cepat masa berlalu. Kalau tengok kepada posting terakhir, 18/3/2011 dan hari ni, 11/8/2012, maknanya lebih kurang 15 bulan Abah tinggalkan blog ini kesepian ... bukan tak ada bahan yang boleh dikongsikan tetapi iltizam dah tak tahu kemana ... tambahan pula kekangan masa tak pernah surut. Semakin hari semakin bertambah tugasan ... kat pejabat, kat rumah ...
Apapun, Abah akan cuba berubah setakat yang boleh untuk cuba menulis setakat yang mampu walaupun sedikit supaya kalian boleh membacanya sebagai pedoman ketika kita tak lagi bersama suatu masa nanti ...
~ dari dalam nahzaluz