
ni gambar tahun 1979. dah rosak. masa ni saya darjah 3K. cikgu yang handsome la jugak tu namanya Kamaruzzaman. saya duk sebelah kiri cikgu, yg ada anak panah tu. rambut jer clear, muka yg agak hensem dah rosak sikit he he. sebelah saya kawan baik saya Marhami. dia sekarang duk kerja kat England. selepas habis sekolah tahun 1982, saya tak pernah jumpa dia hinggalah tahun 2008 apabila dia terjumpa blog saya ni.

yg ni pulak gambar pelajar2 jordan dulu, awal 1990'an. gambar kawan2 saya. saya tak ada dlm gambar ni. depan sekali rambut tegak tu YB Khazan Che Mat. belakang dia Dr. Asri, bekas Mufti Perlis dan yg pakai kopiah hijau tu Ust Erfino. 3 org ni yg jadi somebody, yg lain tu nobody hah hah

waaaa yg ni pulak budak2 madinah balik cuti tahun 1994 pergi kenduri kahwin rumah Ust Basit di Pondok Sungai Durian, K. Krai. saya yang pakai baju melayu warna putih, depan sekali.

yang ni gambar tahun 1993 di rumah PPM Madinah. saya tak ada dlm gmbr ni.

kawan2 belajar Madinah dulu: dari kiri Pokpu (pensyarah UiTM Machang), Jaafar (Bisnes Baja), PokChe (pensyarah UTM), Tado (MAIK) dan belakang Najihuddin (sori ah, tak ingat skrg kerja kat mana).
~ jehe 2009
No comments:
Post a Comment