TUJUAN & RASIONAL

Blog ini diwujudkan untuk anak-anak saya pada masa hadapan. Catatan saya di sini secara tidak langsung ditujukan kepada Qistina, Qayyim, Qawiem, Qaim dan Qaisara supaya mereka dapat mengambil pengajaran & iktibar pada saat saya sudah tiada lagi di dunia ini untuk mendidik dan menasihati mereka. Wassalam.

Saturday, January 1, 2011

Kenapa Faiz?

Assalamu'alaikum anak-anak abah yang bernama Faiz,

Abah ada 3 orang anak lelaki. Kesemuanya abah beri nama murakkab. Tahu tak apa makna murakkab. Murakkab maknanya nama-nama awak bertiga terdiri daripada dua perkataan ke atas. Cuba check balik nama-nama awak ... Muhammad Qayyim Faiz, Muhammad Qawiem Faiz dan Muhammad Qaim Faiz Arridha. Bukankah murakkab tu? Nama abah? Murakkab ke tak?

Tahu tak awak bertiga bahawa nama anak ini penting. Dalam Islam kita kena pilih nama-nama yang baik untuk anak-anak supaya mereka nanti akan jadi orang baik-baik sesuai dengan namanya. Abah rasa dalam hal ini abah dan mama telah pilih nama-nama yang baik untuk awak 3 orang. Abah rasa abah dah tunai 1 dari 3 tanggungjawab ayah terhadap anaknya yang pernah disebut oleh Saidina Umar bin al-Khattab R.A.

Mungkin awak bertiga tertanya-tanya: Kenapa Faiz? Baiklah. Jawapannya bukan Kamenraider Faiz tapi sila baca ayat 52 surah al-nur ini dan cuba fahamkan :

ومن يطع الله ورسوله ويخش الله ويتقه فأولئك هم الفائزون

Awak 3 orang tahu tak maknanya? Maknanya, sesiapa yang taat Allah dan RasulNya, takutkan Allah dan bertakwa kepadaNya mereka itulah al-Faizun. Dalam bahasa Arab, kalau seorang, فائز. Dua orang فائزان, tiga ke atas فائزون. Awak tiga orang فائزون lah. Betul tak?

Awak faham tak maksud abah? Mungkin sekarang awak tak faham tapi abah menulis ini untuk awak di masa hadapan, bukan sekarang. Tak kisah lah kalau awak 3 orang tak faham.

~ dari dalam nahzaluz

No comments: