Esok umat Islam di Malaysia akan bercuti sempena kedatangan Maulidurrasul. Bagi sesetengah orang menyambut Maulidurrasul merupakan salah satu manifestasi kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. Mereka menghayati kedatangan hari yang bersejarah ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan amalan seperti perarakan secara rasmi, ceramah, tahlil, kenduri arwah, berzanji, bersedekah dan sebagainya.
Manakala bagi pihak yang lain pula, acara sambutan Maulidurrasul tidak disandarkan kepada dalil-dalil yang jelas samada dari al-Quran ataupun Sunnah. Bagi mereka menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w bukanlah melalui sambutan maulid tetapi dengan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan.
Umum mengetahui bahawa dalam mazhab Ahlussunnah wal jamaah (ASWJ) terdapat dua pandangan yang berbeza tentang sambutan maulid. Pendapat pertama mengatakan ia harus dilakukan manakala pendapat yang kedua menghukumkan ia sebagai satu bid'ah yang sepatutnya ditinggalkan.
Dalam tulisan selepas ini saya akan menukilkan hujah-hujah setiap pandangan untuk dikongsi bersama. Sikap kita dalam permasalahan ini ialah menilai setiap hujah dan dalil tanpa prejudis dan memilih pandangan yang pada penilaian kita adalah lebih kuat untuk kita amalkan sebagai bekalan menghadap Allah nanti.
Wassalam.
~ dari dalam nahzaluz
No comments:
Post a Comment