TUJUAN & RASIONAL

Blog ini diwujudkan untuk anak-anak saya pada masa hadapan. Catatan saya di sini secara tidak langsung ditujukan kepada Qistina, Qayyim, Qawiem, Qaim dan Qaisara supaya mereka dapat mengambil pengajaran & iktibar pada saat saya sudah tiada lagi di dunia ini untuk mendidik dan menasihati mereka. Wassalam.

Thursday, March 20, 2008

"Tak habis habis dengan Syiah..."

Saya bermula di internet dengan debat melawan Syiah. nahzaluz di internet saya lah tu. Kalau tak silap ia bermula tahun 2002. Pada masa tu forum internet tak berapa banyak. Antara yang terawal dan banyak member ialah forum Cari. Pada mulanya saya hanya baca sahaja dan ada lah hantar post 2 3 kali tapi tak serius. Saya suka sangat baca orang bertekak kat forum politik. Kadang-kadang kelakar jugak.

Keadaan berubah selepas sahabat saya bagitau ada forumner Syiah di Cari mengkritik para Sahabat Nabi r.anhum. Bermula dari saat itu sayapun start aktif di Cari bersoal jawab dengan Syiah dari satu bab ke satu bab. Banyak masa, tenaga, wang ringgit dihabiskan untuk mempertahankan akidah ASWJ. Kalau tak silap saya aktif lebih kurang 3 atau 4 tahun. Saya masih ingat lagi forumner-forumner Syiah di Cari spt Billionaire, Laxamana, Pipi dan Pak Malau@ProteaMerah. Dimana mereka sekarang yer? Yang masih lagi aktif ialah Gravedigger. Dia duk ada lagi tu tapi rasanya perbincangan Sunni Syiah dah senyap dah kat Cari. Pihak Sunni tak ada wakil kot heh heh ...

Sekarang ni saya dah tak aktif. Bukanlah hasrat saya nak berenti terus. Tak. Insya Allah saya akan kembali. Cuma sekarang ni tengah duk sambung belajar. Tak bolehlah buat 2 kerja dalam satu masa. Mampos aku. Terpaksalah dahulukan yang utama. Bila dah habis belajar tahun 2010 nanti Insya Allah bolehlah aktif balik.

Sepanjang saya aktif dulu ada la semangat kejap nak terjemah kitab, nak bukukan artikel dll tapi hampeh, habuk pun tarak heh heh. Tulisan-tulisan saya hanya duk terpendam dalam forum-forum internet yang saya sendiri pun dah tak hafal dah apa yang saya tulis dulu heh heh...

Walaubagaimanapun, kat blog ni saya akan post balik tulisan/komentar/terjemahan saya dulu seputar isu Sunni-Syiah dengan harapan ia akan dapatlah memberi sedikit sebanyak manfaat kepada mereka yang berminat.

Wassalam

~ dari dalam nahzaluz

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

entah macamana tiba2 sampai kat blog ustaz nahzaluz @ zulazhan..

Mungkin masih ingat ana lagi..seri..bila terbaca komen ustaz ttg geng syiah ni buat ana tersenyum je..

rasanya zaman tersebut sudah lama berlalu..dan life must go on...dgn perjuangan hidup masing2...

kekadang ada juga bill, pipi dan grave masuk..tetapi ana pun dah malas..dulu ada pakmalau yg selalu jadi tukang cool...hermm..cuma pakmalau yg tak pernah masuk lg ke CARI.

Sekian.

SERI.

Anonymous said...

Salam Ustaz..

Sunni syiah dah senyap sekejap.. sekali sekala tu ada lah juga... sekarang giliran wahabi lah pula agaknya di situ.

BTW Ustaz, you told me dulu you will move to KL? Tapi tengok profile masih di Terengganu.

Good luck untuk study eh.

antiQue